Showing posts with label ubuntu. Show all posts
Showing posts with label ubuntu. Show all posts

Macam mana nak run .bundle pada ubuntu

| Saturday, July 17, 2010
senang jek...

sudo sh VMware-Player-2.5.1-126130.i386.bundle

done!!!

Install Webmin di Lucid Lynx

| Tuesday, July 13, 2010
Untuk install webmin kat lucid lynx server, type command ni :


$ sudo aptitude -y install perl libnet-ssleay-perl openssl libauthen-pam-perl libpam-runtime libio-pty-perl libmd5-perl apt-show-versions libapt-pkg-perl

lepas tu korang akan dapat error macam ni :

Couldn't find any package whose name or description matched "libmd5-perl"

Untuk ubuntu versi sebelum ni, senang je nak install tanpa ada error... Takpe, semua ni perkara kecik je... cuma taip command kat bawah ni :

$ wget http://ftp.debian.org/pool/main/libm/libmd5-perl/libmd5-perl_2.03-1_all.deb
$ sudo dpkg -i libmd5-perl_2.03-1_all.deb
$ wget http://downloads.sourceforge.net/project/webadmin/webmin/1.510/webmin_1.510-2_all.deb
$ sudo dpkg -i webmin_1.510-2_all.deb

dah habis install gi kat browser, taip https://ip:10000

Cara Mudah Untuk Install LAMP di Ubuntu

| Sunday, June 20, 2010
Disebabkan aku ni lebih prefer penggunaan GUI,aku memang malas nak taip command panjang. So cara yang aku buat simple je

sudo tasksel install lamp-server

lepas tu, gi www.webmin.com untuk install paparan web-based bagi sistem linux. Tak payah susah-susah gi command untuk taip apache2 start,mysql start...hehehe...

lepas tu katakan aku nak edit file php kat folder /www tu, senang jek,

sudo naulitus

lepas tu navigate la kat folder tu...haaa...kan senang...tak yah susah-susah nak taip command. Saper kate guna ubuntu ni susah sebab banyak command nak kena hafal?

Aplikasi Wajib Dalam Ubuntu

| Tuesday, June 15, 2010
Berikut merupakan aplikasi wajib yang aku akan install setiap kali aku fresh install ubuntu pada mana-mana komputer. Untuk kegunaan aku pulak,aku sekadar update je sebab komputer aku ni memang dah tersedia install ubuntu,so tak payah nak buat kerja banyak kali untuk install yang baru.

1. Xmms2 - boleh install melalui Ubuntu Software Center
2. VLC player
3. Skype - Pergi ke laman web skype, lepas tu download macam biasa.
4. Wine - Paling wajib! gi kat terminal, taipkan sudo apt-get install wine
5. Compiz - mencantikkan desktop ubuntu
6. BleachBit - sama fungsi dengan CCleaner
7. Xine - sama jugak macam VLC player
8. Real Player - download file kat real player untuk install
9. Gyache - untuk berym sambil menggunakan webcam

Yang sebenarnya, semuanya bergantung kepada diri sendiri. Sesetengah orang begitu teruja untuk install banyak aplikasi dalam komputer sekaligus boleh menyebabkan pc tersebut lambat untuk running. Kalau aku punya style, aku tak suka install banyak software sebab banyak yang tak berguna. Kalau selalu guna, baru aku akan install. Boleh jimat space. Ada lagi beberapa installer yang aku wajib install, tapi tu tak common untuk orang lain. Yang aku senaraikan kat atas tu ialah untuk individu yang menggunakan komputer sekadar untuk membuat perkara biasa.

CSL MODEM berjaya digunakan dalam Lucid Lynx

| Sunday, June 13, 2010
Hehehe...aku sendiri tak sangka aku berjaya gunakan modem tersebut dalam ubuntu aku ni. Aku just try and error install usb_modeswitch,wvdial dengan libusb. lepas tu aku takde pun edit apa-apa file. Aku just terus je cucuk modem tu,tengok2 je dah boleh dial terus. Hahaha... I LOVE LUCID LYNX.

Install Skype

| Friday, June 11, 2010
bukak je website ni, http://www.ubuntugeek.com/how-to-install-skype-in-ubuntu-from-skype-repository.html#more-5699

aku malas nak taip panjang-panjang.

Tutorial Install Gyachi pada Ubuntu 10.04

|
Kepada mereka yang suka berYM sambil menggunakan webcam, Gyachi adalah pilihan yang terbaik. Aku sendiri menggunakan Gyachi kalau nak berYM dengan rakan-rakan.

Mula-mula bukak terminal dan taipkan command ni;

sudo add-apt-repository ppa:baudm/ppa

Lepas tu, update --> sudo apt-get update
Last sekali --> sudo apt-get install gyachi

Selamat berwebcam!!!

Ubuntu 10.04 LTS Lucid Lynx

| Wednesday, June 9, 2010
Aku dah berjaya upgrade ubuntu aku dari 9.10 ke versi 10.04 LTS iaitu Lucid Lynx. Memang banyak yang berubah dari segi interface dari versi yang lama. Antara perubahan yang ketara ialah butang maximize,minimize dengan close window yang berada kat sebelah kiri. Disebabkan aku tak biasa dengan kedudukan button tersebut, aku ubah kedudukan ke tempat biasa dengan menggunakan command kat bawah ni.

gconftool-2 -t string --set /apps/metacity/general/button_layout menu:minimize,maximize,close

BloGTK

| Thursday, November 12, 2009
Satu lagi blogging tools yang aku baru je install kat karmic koala ni. Aku gunakan BloGTK. Cara untuk install senang je. Taip sudo apt-get install blogtk. Untuk connect ke server blogspot, taipkan address ni kat ruangan server http://www.blogger.com/api/RPC2.

Masalah wireless pada ubuntu 9.10

| Monday, November 2, 2009
Selepas aku install ubuntu 9.10 pada laptop kesayangan aku ni, compaq presario cq40, aku menghadapi masalah yang mana wireless pada laptop aku ni tak boleh nak pakai. Kalau running guna live cd, memang ok je tak ada masalah. Cara aku menyelesaikan masalah ni ialah plug kabel LAN, lepas tu pergi ke system>synaptic package manager. Taip bcmwl-kernel-source. Lepas tu reboot.

Install Compiz

| Friday, October 30, 2009
senang jek... taip ni kat terminal sudo aptitude install compizconfig-settings-manager. lepas tu pergi ke system>preferences>compizconfig. siap!!!

Firefox 3.5 Rawks!!!

| Saturday, July 18, 2009
Aku tengah menggunakan Firefox 3.5 sekarang ni. Apa yang boleh aku katakan ialah, RAWK HABES wa cakap lu. Untuk install Firefox 3.5 ke dalam Jaunty senang aje.

sudo apt-get update
sudo apt-get install firefox-3.5

Pemasangannya akan berlaku secara automatik. Untuk menjalankan firerox 3.5 ni, taip kat terminal

firefox-3.5

Ada satu lagi kaedah yang aku gunakan untuk update firefox aku ni. Aku menggunakan ubuntuzilla. Download dulu file ubuntuzilla kat sini. Lepas tu install macam biasa. Tak payah nak pakai command kalau nak install .deb. Double click terus je file tu.

Lepas dah habis install, taip kat terminal

ubuntuzilla.py

Semua produk mozilla akan di update. Just ikut saje arahan yang ada.

Pemasangan Screenlets

| Thursday, July 16, 2009
Apakah itu Screenlets? Screenlets ni macam gadget yang kita taruk kat desktop. Tutorial pemasangannya amatlah mudah. Cuma taip sudo apt-get install screenlets.Lepas tu pergi ke System>Preferences>Screenlets untuk pilih gadget yang kita nak.

BleachBit

| Wednesday, July 15, 2009
Bleach Bit amat berguna untuk membuang segala file temp yang menyemakkan pc anda. Untuk menginstall Bleach Bit ni, mula-mula sekali kena download file kat http://bleachbit.sourceforge.net/download.php. Lepas download tu, install macam biasa. Penggunaan Bleach Bit amat simple. Tak payah nak guna command untuk delete file temp ni.

Masalah Sound Dalam CQ40

|

Mula-mula lepas aku install, laptop kesayangan aku ni tak ada bunyi. Aku pun pelik jugak sebab biasanya auto detect sound driver. Aku punya laptop jenis Compaq Presario CQ40-129 TU. Dengan bantuan pakcik Google, aku berjaya jugak membunyikkan laptop aku ni dengan cara macam ni :

1. Pergi ke terminal, lepas tu taip command ni

gksudo gedit /etc/modprobe.d/alsa-base.conf

2. Dekat akhir barisan tu, tambahkan setting ni

# Keep snd-pcsp from beeing loaded as first soundcard
options snd-pcsp index=-2
alias snd-card-0 snd-hda-intel
alias sound-slot-0 snd-hda-intel
options snd-hda-intel model=dell-m4-1
options snd-hda-intel enable_msi=1

3. Lepas tu pergi ke System>Preferences>Sound dan tukar semua ke ALSA.

4. Lepas tu taip ni pulak kat terminal

gksudo gedit /etc/group

5. Cari barisan yang sama macam ni ‘audio:x:29:pulse’ dan gantikan dengan ‘audio:x:29:(user login),pulse’

6. Reboot dan test speaker… Berjaya!!!

Senarai Software Yang Wajib Untuk Aku Lepas Install

|
Distro Linux ni tak sama macam Microsoft sebab kebanyakan perisian untuk Distro Linux ni memerlukan sambungan internet untuk di install. Bagi aku, tanpa internet, sukar nak mengecapi keenakan menggunakan Linux.

Untuk melakukan proses install software kat Ubuntu ni, cara yang paling mudah ialah dengan pergi ke System>Administration>Synaptic Package Manager. Lepas tu pilih je software yang kita nak.

Kalau gunakan command line, biasanya kena buat macam ni 'sudo apt-get install (nama software)'. Orait, sekarang ni aku listkan beberapa senarai software wajib bagi aku (mungkin jugak untuk korang) :

1. Exaile (mp3 player) --> sudo apt-get install exaile
2. Filezilla (FTP client) --> sudo apt-get install filezilla
3. Inkscape (Vector Graphic) --> sudo apt-get install inkscape
4. VLC (media player) --> sudo apt-get install vlc
5. VirtualBox (virtualization) -->sudo apt-get install virtualbox-ose virtualbox-ose-source
6. Wine --> sudo apt-get install wine
7. D4x (Download manager) --> sudo apt-get install d4x